JOM UNDI

Apakah pandangan anda mengenai Portal Pendidikan JAIM

PAUTAN LUAR

In order to view this object you need Flash Player 9+ support!

Get Adobe Flash player

Powered by RS Web Solutions

BILANGAN SEKOLAH DI BAWAH JABATAN AGAMA ISLAM MELAKA

DAERAHJENIS SEKOLAH
TADIKASRASABK(R)SABK(M)
Melaka Tengah  39  66  3  1
Alor Gajah  13  53  2  3
Jasin  11  45  2  3
JUMLAH  63  164  7  7

 

BILANGAN GURU JABATAN AGAMA ISLAM MELAKA

DAERAHBIL GURUJUMLAH GURU
LELAKIPEREMPUAN
Tadika  0  335  335
SRA  167  1,088  1,255
SABK (R)  15  31  46
SABK (M)  37  19  56
JUMLAH  219  1,473  1,692

 

BILANGAN PELAJAR

DAERAHBIL PELAJARJUMLAH PELAJAR
LELAKIPEREMPUAN
Tadika  2,031  1,963  3,994
SRA  21,156 20,624  41,780
SABK (R)  1,525  1,296  2,821
SABK (M)  1,047  1,134  2,181
JUMLAH 25,759 25,017  50,776

 

BILANGAN PELAJAR SRA MENGIKUT TAHAP

(Tahap 1)

DAERAHBIL PELAJARJUMLAH PELAJAR
TAHUN 1TAHUN 2TAHUN 3
Melaka Tengah 3,694 4,010 4,100 11,804
Alor Gajah 1,588 1,682 1,744 5,014
Jasin 1,263 1,253 1,359 3,875
JUMLAH 6,545 6,945 7,203 20,693

 

(Tahap 2)

DAERAHBIL PELAJARJUMLAH PELAJAR
TAHUN 4TAHUN 5TAHUN 6
Melaka Tengah 4,112 3,972 3,606 11,690
Alor Gajah 1,751 1,657 1,650 5,058
Jasin 1,424 1,473 1,442 4,339
JUMLAH 7,287 7,102 6,698 21,087

 

TAHFIZ AL-QURAN DI BAWAH KERAJAAN NEGERI MELAKA

NAMA TAHFIZBil GuruJumlah GuruBil PelajarJumlah Pelajar
LelakiPerempuanLelakiPerempuan
Sek. Men. Agama Dan Tahfiz Al-Quran Pulau Besar 9 0 9 74 0 74
Maahad Tahfiz Al-Quran Masjid Sayyidina Ali, Bukit Katil 6 2 8 26 14 40

*DIKEMASKINI PADA 31 MAC 2014

Permohonan Kemasukan STAM 2014

PERMOHONAN KEMASUKAN STAM 2014

Peperiksaan STAM dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Pengiktirafan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) sejak tahun 2000 oleh Kementerian Pelajaran telah meningkatkan lagi keyakinan masyarakat terhadap keesahan dan kemampuan pelajar yang menduduki peperiksaan tersebut. Pada tahun 2009 STAM diiktiraf sama taraf seperti Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Pelajar yang berjaya dalam peperiksaan STAM bukan sahaja berpeluang memasuki IPTA dalam negeri tetapi juga berpeluang cerah untuk menyambung pelajaran ke IPT luar negeri seperti Universiti Al-Azhar.

Sekolah Menengah Arab JAIM Al-Asyraf, Bukit Merchat, Melaka merupakan sebuah sekolah menengah Jabatan Agama Islam Melaka yang telah didaftar sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). JAIM mempelawa calon-calon yang berminat untuk mengikuti pengajian Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Sekolah ini adalah merupakan satu-satu sekolah SABK JAIM yang menawarkan pelajar menduduki STAM. Menariknya sekolah ini memfokuskan ilmu melalui pembinaan sahsiah muslim melalui pelbagai program yang disusun rapi oleh guru/fasilitator yang berpengalaman. Pengajian dijalankan mengikut sistem persekolahan biasa. Pelajar akan dibimbing dan dilatih sebagai seorang yang mampu menduduki peperiksaan STAM. Pelajar juga disediakan kelas tusyen bagi membantu pelajar menduduki peperiksaan MUET.

Syarat-syarat kelayakan
1. Pelajar Lelaki / Perempuan warganegara Malaysia
2. Telah mengikuti Kurikulum Diniah (Azhari)
3. Berumur tidak kurang 17 tahun dan tidak melebihi 19 tahun pada 1 Januari 2014
4. Telah menduduki peperiksaan SPM
5. Keutamaan kepada ’ANAK NEGERI MELAKA’ yang ditakrifkan sebagai berikut:
    o Anak Melaka           - pemohon lahir di negeri Melaka
                                    - Ibu @ / bapa pemohon lahir di negeri Melaka
    o Bukan anak Melaka – telah menetap di negeri Melaka sekurang-kurangnya 10 tahun
6. Keutamaan kepada calon-calon yang mengikuti pengajian di mana-mana Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) JAIM.

Cara Memohon
1. Mengisi Borang Penyertaan yang disediakan [Klik Disini] dan borang penyertaan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada:

Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan JAIM,
Lot 43 & 45, Jalan KPAA 2, Kompleks Perniagaan Al-Azim,
Bukit Palah, 75150 Melaka.

2. Borang Permohonan boleh didapati di Bahagian Pendidikan JAIM sebagaimana alamat di atas atau di Pejabat Agama Daerah (Alor Gajah / Jasin).

Tarikh Tutup
• Tarikh tutup permohonan ini adalah  29 November 2013 (Jumaat)
• Calon-calon yang tidak menerima apa-apa makluman selepas 31 Disember 2013 adalah dianggap  tidak  berjaya. Pendaftaran Majlis Suaikenal dijangka pada 19 Januari 2014 dan pengajian dijangka bermula pada 27 Januari, 2014 (tertakluk kepada pindaan).

Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut / Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
- Mohd Ali Bin Abu (06-288 2026 / 012-6182394)
- Mohd Ridzuan bin Mujid (06-288 2026 /  017-2719585)
- Faksimili: 06 282 7916

 

 

HADITH PILIHAN

Daripada Abu Sa'id al-Khudrie r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Barangsiapa di kalangan kamu melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Yang sedemikian itu adalah selemah-lemah iman.

Hadith riwayat Muslim. 
 
 

STATISTIK PENGGUNA

632033
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
681
1623
2304
620245
16957
26381
632033

Your IP: 54.147.196.159
Server Time: 2014-12-22 03:03:38

E-Solat

JAIM@facebook