Laman Utama

Objektif Unit Akademik

1) Memastikan pengurusan dan pelaksanaan program pendidikan menengah cekap, berkesan serta           selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan

2) Memastiakan pengurusan dan pelaksanaan program pendidikan Sekolah Agama yang kemas, cekap, bersih dan amanah dengan memberi perkhidmatan ikhtisas yang bermutu

3) Menyelia pengajaran guru-guru di bilik darjah supaya dapat dipertingkatkan prestasi pencapaian akademik Sekolah-Sekolah Agama JAIM di Negeri Melaka

4) Menjalankan tinjauan dan penilaian untuk mengetahui dan mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh sekolah mengenai pentadbiran dan kurikulum serta perlaksanaan sesuatu perubahan dan inovasi di dalam pentadbiran dan kurikulum sejajar dengan arahan-arahan yang dikeluarkan oleh Jabatan dan Kerajaan dari semasa ke semasa

5) Mempertingkatkan mutu pentadbiran sekolah serta pengajaran dan pembelajaran melalui bimbingan, nasihat, ceramah tunjuk ajar serta pengedaran bahan-bahan atau risalah-risalah profesional kepada Guru-Guru Besar dan guru-guru

6) Sejajar dengan penghayatan Islam Hadhari dan Kepimpinan Melalui Teladan, Unit Akademik berusaha mewujudkan satu Sistem Pengurusan Sekolah yang Bersih Cekap dan Amanah serta menanamkan sikap bertanggungjawab dan kekitaan serta menjadikan ”Bekerja Adalah Suatu Ibadah dan Kepuasan” sebagai amalan hidup di kalangan pegawai-pegawai, kakitangan dan guru-guru.

7) Memastikan tahap profesionalisme guru sekolah dipertingkatkan sejajar dengan keperluan dan perkembangan pendidikan terkini

8) Memantapkan perlaksanaan Kurikulum Agama dan Kokurikulum di sekolah-sekolah JAIM melalui pemantauan berterusan selaras dengan matlamat dan objektif yang ditetapkan

9) Meneliti kesesuaian buku teks dan buku rujukan sebagai bahan Pengajaran dan Pembelajaran di sekolah Agama JAIM

10) Memastikan pendaftaran dan perjalanan peperiksaan yang dikendalikan oleh JAIM mematuhi jadual yang disediakan

11) Meningkatkan ketepatan data-data pengiraan dan analisis secara berkomputer.

12)Merancang dan mengatur serta menyelaraskan kursus-kursus dan latihan kepada guru-guru dan pelajar sama ada dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum

13)Mengatur dan melaksanakan aktiviti kokurikulum Ilmiah di sekolah-sekolah/daerah dan negeri ke arah melahirkan pelajar cemerlang

14) Meneliti kesesuaian buku teks dan buku rujukan sebagai bahan Pengajaran dan Pembelajaran di sekolah Agama JAIM

15) Menyemak dan memantau pelaksanaan peraturan SRA dan Tadika JAIM dipatuhi dan dilaksanakan oleh guru-guru.

 



Next page: Kalendar Akademik