Application Resources Multimedia School (ARMS) merupakan suatu aplikasi unik bagi Sekolah Bestari Integrasi (SBI). Aplikasi ini menyediakan perkara-perkara berikut:-
e-rekod
e-rekod (rekod maya) menyediakan database (pangkalan data) bagi semua pelajar dan individu yang terlibat dengan bahagian pendidikan JAIM. Maklumat seperti nombor id pelajar, kehadiran, kad sulit, kad kesihatan, pinjaman buku teks, ko-kurikulum juga akan disimpan di dalam sistem ini.
e-pengurusan
Pengurusan sekolah dan PIBG disediakan di dalam sistem ini disamping mesyuarat secara online dan merekod aktiviti-aktiviti pengurusan dan kewangan menjadi lebih mudah.
e-paub
(Program Analisis Ujian Berkala) akan memaparkan statistik pelajar dalam satu kelas atau sekolah atau individu bagi tujuan pemantauan oleh guru dan jabatan. Keputusan ujian bulanan dan peperiksaan akan direkod dibawah sistem ini. Ibubapa dan pelajar boleh melihat keputusan peperiksaan pelajar melalui kad laporan ujian elektronik (maya) selain cetakan komputer untuk pengesahan keputusan.
e-tuisyen
Menyediakan landasan kelas tuisyen secara online menggunakan teknologi maklumat yang terkini.Pelajar boleh melihat dan mendengar tutorial yang disediakan serta membuat pertanyaan kepada guru-guru yang terlibat .Komunikasi dua hala ini juga akan membolehkan pelajar menikmati nota-nota tambahan selain tutorial yang menarik.
e-pendaftaran
Sistem ini membolehkan pelajar membuat permohonan kemasukan sekolah-sekolah JAIMsecara online selain merekod pendaftaran pelajar sedia ada.Permohonan pertukaran sekolah dan status permohonan boleh didapati secara atas talian.
e-peperiksaan
Membolehkan pendaftaran peperiksaan pelajar dibuat secara online.Ini secara tidak langsung membolehkan pelajar mengambil peperiksaan agama secara online. Ia juga akan memaparkan keputusan peperiksaan dan maklumat pendaftaran peperiksaan seperti angka giliran dan sebagainya. Kini pelajar bukan sekolah agama boleh mengambil peperiksaan SMA di Melaka.
e-belajar
e-belajar atau pembelajaran maya menyediakan kemudahan kepada di dalam penyediaan bahan pengajaran bagi pelajar pula bahan – bahan pembelajarn seperti nota, peta minda dan soalan-soalan latihan akan disediakan bagi semua matapelajaran. Pelajar boleh membaca dan berlatih menjawab soalan secara online dan cetakan computer. Pelajar yang lemah atau kurang memahami bab-bab tertentu boleh membuat pertayaan secara online dengan guru-guru yang bertugas. Ibubapa kini tidak perlu membeli buku-buku rujukan yang banyak kerana anak tuan-tuan kini boleh membuat rujukan atau melihat nota secara terus dari portal pada bila-bila masa.
e-sijil
Sistem akan membolehkan ibubapa dan pelajar mengambil transkrit peperiksaan atau sijil peperiksaan termasuk sijil berhenti sekolah secara online beserta cetakan komputer.
e-yuran
Pembayaran yuran kini menjadi lebih mudah dan selamat dengan wujudnya sistem ini. Ibubapa tidak perlu hadir ke sekolah atau memberi sejumlah wang kepada anak-anak bagi pembayaran yuran sekolah. Ini kerana sistem ini membolehkan bayaran yuran melalui bank yang ditetapkan atau menggunak an kad kredit dan resit bayaran(pengesahan) boleh dicetak terus dari komputer.
e-Insuran
Portal ini juga menyediakan sistem e-Insuran bagi penyemakan sumbangan dan tuntutan. Sistem e-Asrama bagi penyemakan kekosongan asrama dan membolehkan ibubapa mengetahui aktiviti keluar masuk pelajar di asrama. Sistem e -Alumni juga disediakan bagi maklumat pelajar yang di simpan dalam e-Rekod bagi membolehkan bekas pelajar menyumbang kepada sekolah-sekolah JAIM
e-koperasi
Urusan pendaftaran keahlian koperasi, pembelian barangan serta pembayaran kini menjadi lebih cekap dan cepat. Sistem ini menyediakan kemudahan tersebut secara online. Kini ibubapa tidak perlu lagi memberi wang yang banyak kepada pelajar untuk pembelian di koperasi kerana ia boleh dibuat secara online menggunakan kad kredit atau online dibank yang terpilih. Ibubapa dan pelajar juga boleh menyemak produk yang dijual dan harga yang ditawarkan.
e-perpustakaan
Menyediakan sistem pengurusan pemeriksaan rekod buku, pinjaman buku, serta imbasan buku tanpa perlu pergi ke perpustakaan. Pelajar boleh membaca buku-buku yang disediakan secara online untuk menambah pengetahuan.
Latihan
Setiap pelajar juga akan diberikan latihan penggunaan portal dan pembelajaran komputer terutama menggunakan perisian arab dan jawi serta bahasa inggeris oleh unit bergerak yang akan pergi ke sekolah-sekolah mengikut giliran yang ditetapkan.